kata pujangga ini bukanlah dtg drpd mulut aku, tetapi dtg dari mulut imam mazhab kita, Imam As-Syafie.
adakah korang betul2 faham apa yg cuba dikatakan oleh Imam Syafie? marilah kte sama2 muhasabah diri. ini juga utk peringatan diri kita sendiri sbnrnye. bkn hanya kpd yg membaca ttp diri aku sendiri.
cuba kita selami diri sendiri dan compare dgn kehidupan seharian kita. Imam Syafie berkata "setiap kali bertambahnya ilmuku maka bertambahlah kejahilanku". semua org tahu, ilmu beliau sgt laa luas dalam bidang fiqh. tak dapat dinafikan. akan tetapi kata-kata ini menampakkan beliau seorang yg sgt humble! kenapa?
setiap kali beliau belajar something yg baru, beliau merasakan diri beliau jahil! maksudnya ilmu baru yg beliau perolehi menandakan yg beliau tdk tahu akan hal tersebut sebelumnya. hanya apabila beliau tahu, barulah dia mengerti dan berpendapat betapa jahilnya aku dulu kerana tdk mengetahui perkara tersebut. sedikit sebanyak begitulah maksud yang aku faham..
sekarang mari kita telusuri.....
1. jika kita seorang sainstis, dpt menghasilkan vaksin H1N1 [konon], adakah kita akan merasakan yg diri kita seorang yg hebat? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
2. jika kita dapat menyelesaikan 1 soalan matematik yg teramatlah susah! adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
3. jika kita baru tahu, "oh, haram rupanya melakukan solat sunat selepas solat fardhu Asar." adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
4. jika kita baru tahu dan faham sesuatu subjek hari ini. adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
5. jika kita tidak tahu dan faham apa itu hukum hudud. atau kita sudah tahu dan faham apa itu hukum hudud. kenapa kita masih terang-terangan menentang hukum ALLAH? adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
wallahualam..
marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada Imam Syafie..

No comments:
Post a Comment