Aku melontarkan jauh pandangan ke luar tingkap bas. Masa ini aku sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Hari semakin gelap. Selalunya bas akan singgah di Shah Alam dahulu sebelum tiba di Klang Sentral. Shah Alam memang terkenal dengan kawasan perindustriannya. Dari kilang besi, simen, penerbitan hinggalah ke makanan. Tempat-tempat sebeginilah yang akan menjadi tempat aku mencari rezeki apabila aku tamat pengajian kelak. Kerjaya sebagai seorang jurutera kimia sangat diperlukan di kilang pemprosesan. Sebenarnya seorang jurutera kimia tidak dipanggil sebagai jurutera kimia apabila dia bekerja suatu hari nanti meskipun kursus yang diambil semasa pengajian adalah Sarjana Muda Kejurutreaan Kimia tetapi mereka akan dipanggil sebagai jurutera proses. Harapan aku suatu hari nanti adalah bekerja di kilang pemprosesan makanan! Kalau dapat kilang coklat, alahai gembiranya hidup aku.
Berbalik kepada cerita aku tadi, sedang jauh melontarkan pandangan bas yang aku naiki melintasi sebuah kilang pemprosesan arak C*******g. Siapa yang tak tahu jenama arak ni. Bahkan kanak-kanak pun tahu! Memang aku sedari dulu lagi tahu kewujudan kilang tersebut dan hanya melihatnya dari jauh saja tetapi hari ini aku tidak menyangka yang bas akan melalui jalan betul-betul di hadapan kilang tersebut! Hati aku terkilan dan merasakan sesuatu yang tidak sedap dipandang. SEBUAH KILANG ARAK YANG TERSERGAM GAGAH DI SEBUAH NEGARA ISLAM!! Apa yang anda rasa jika anda adalah seorang muslim yang sejati?! Alahai terkilan rasanya hati ini. Agama rasmi Negara adalah ISLAM tetapi benda-benda haram tersergam gagah di buminya. Di mana letaknya kuasa sebagai pemimpin ISLAM? Di mana letaknya mulut-mulut yang membangkang?
Aku teringat kata-kata naqibah usrahku. “Tidak akan tertegaknya ISLAM itu sehingga jahiliyah disekelilingnya tidak dihapuskkan.” Aku bukannya pendakwah bebas. Aku bukan seorang pemimpin atasan. Aku bukan mufti negeri apatah lagi alim ulama. Aku hanyalah seorang mahasiswa biasa dan juga hamba Allah yang sangat hina. Aku hanya pandai menulis coretan menyuarakan pandangan. Aku tidak dapat mampu mencegah melalui lidah, apatah lagi melalui tangan. Yang aku mampu hanyalah melalui hati yang sentiasa berdoa. Semoga suatu hari nanti, bumi Malaysia akan bebas daripada pencemaran jahiliyah. Insya-Allah. Sama-samalah kita berdoa.

No comments:
Post a Comment