Search This Blog

Friday, 21 October 2011

SETIAP KALI BERTAMBAHNYA ILMUKU MAKA BERTAMBAH JAHILKU.

kata pujangga ini bukanlah dtg drpd mulut aku, tetapi dtg dari mulut imam mazhab kita, Imam As-Syafie.

adakah korang betul2 faham apa yg cuba dikatakan oleh Imam Syafie? marilah kte sama2 muhasabah diri. ini juga utk peringatan diri kita sendiri sbnrnye. bkn hanya kpd yg membaca ttp diri aku sendiri.

cuba kita selami diri sendiri dan compare dgn kehidupan seharian kita. Imam Syafie berkata "setiap kali bertambahnya ilmuku maka bertambahlah kejahilanku". semua org tahu, ilmu beliau sgt laa luas dalam bidang fiqh. tak dapat dinafikan. akan tetapi kata-kata ini menampakkan beliau seorang yg sgt humble! kenapa?

setiap kali beliau belajar something yg baru, beliau merasakan diri beliau jahil! maksudnya ilmu baru yg beliau perolehi menandakan yg beliau tdk tahu akan hal tersebut sebelumnya. hanya apabila beliau tahu, barulah dia mengerti dan berpendapat betapa jahilnya aku dulu kerana tdk mengetahui perkara tersebut. sedikit sebanyak begitulah maksud yang aku faham..

sekarang mari kita telusuri.....
1. jika kita seorang sainstis, dpt menghasilkan vaksin H1N1 [konon], adakah kita akan merasakan yg diri kita seorang yg hebat? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
2. jika kita dapat menyelesaikan 1 soalan matematik yg teramatlah susah! adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
3. jika kita baru tahu, "oh, haram rupanya melakukan solat sunat selepas solat fardhu Asar." adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
4. jika kita baru tahu dan faham sesuatu subjek hari ini.  adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.
5. jika kita tidak tahu dan faham apa itu hukum hudud. atau kita sudah tahu dan faham apa itu hukum hudud. kenapa kita masih terang-terangan menentang hukum ALLAH?  adakah kita muhasabah diri kita? bandingkan dgn kata-kata Imam Syafie.

wallahualam..
marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada Imam Syafie..

Sunday, 16 October 2011

SIBUK KAT DUNIA NI UTK APA?

benda ni aku terfikir secara tiba2. dulu aku tak la sibuk mana sampai terlebih-lebih tidur. tapi sekarang lain. sejak masuk u ni. meeting sana, meeting sini. pergi sana, pergi sini. sibuk sangat dengan duniawi. 
bila aku start pegi usrah, aku tau apa tujuan aku hidup kat dunia ni. BUKAN DUNIA TAPI AKHIRAT. 
berapa sangat waktu kita hidup kat dunia ni kalau nak dibandingkan dengan hidup kita di akhirat yang kekal selama-lamanya. membazir la kalau kita hidup cuma nak kerja bagus, belajar sebab nak result gempak, kumpul duit sampai 7 keturunan tak habis. untuk apa semua tu kalau bekalan untuk akhirat tak cukup! 
jadi aku start berfikir, reflect kat diri sendiri. semua benda duniawi aku aku buat aku niatkan semata-mata kerana ALLAH SWT. semoga semua tu akan jadi ibadah dan secara tak langsung insya-ALLAH dapat pahala. 
cuba korang fikir kalau semua benda yang korang buat jadi sia-sia. 
bayangkan pula korang seorang petani yang sudah bercucuk tanam selama 1000 tahun dan hanya 1000 tahun sekali saja boleh menuai. tapi bila masanya untuk menuai satu hasil pun tak ada! 
ini cuma perumpamaan. kan rugi macam tu. jadi apa point kita hidup kat dunia ni tapi tak dapat masuk syurga? sayangnya. 
cubalah kita belajar kerana ALLAH. makan, tidur, bergerak, bernafas kerana ALLAH. insya-ALLAH, ALLAH sendiri akan tolong kita sebab kita buat something bersandarkan DIA. tak rugi pun malahan untung!
cuba jugak korang bayangkan, korang celup jari ke dalam laut. dan korang angkat. titisan air yang jatuh dari jari korang tu umpama kehidupan korang di dunia sedangkan lautan yang terbentang luas di hadapan korang adalah dunia akhirat korang!
kan rugi kalau kita cuma bazirkan masa kat dunia ni untuk benda-benda yang tak berfaedah~
renung-renungkanlah kawan-kawan.
peringatan ini jugak utk diri aku sendiri sebagai muslim yang berpijak di bumi ALLAH.


Wednesday, 5 October 2011

Dia seorang hamba Allah yang khilaf

Seperti biasa, dia bangun seawal 5 pagi. Malamnya dia tidur lewat kerana menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Digagahkan juga badan yang lemah untuk bangun mengambil wuduk. ‘Tak apalah. Solat sunat tahajud pun cukuplah.’ Hatinya berbicara. Walau selewat mana pun dia tidur, dia tetap akan bangun awal untuk bersolat sunat jika mampu. Selepas selesai solat sunat, dia mencapai tuala pula sambil berlalu munuju ke bilik air untuk mandi. Selasai mandi tepat-tepat saja masuk waktu Subuh. Solat fardhu itu pun dilakukan sekhusyuk yang mungkin. Hatinya berkira-kira untuk membaca kalam Allah. Al-Quran di rak meja belajarnya ditatap dari jauh. Akhirnya hatinya memujuk diri supaya bangun mencapai kalam Allah itu. ‘Rohaniku tidak diisi dengan ayat-ayat Al-Quran Maghrib semalam. Aku mesti ganti balik!’ Begitulah hatinya memujuk diri tatkala rohani menjerit minta diisi.

Pukul 7 pagi dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar dek kepenatan yang teramat sangat. Akhirnya puku 8.15 barulah dia tersedar setelah mendengar alarm telefon bimbitnya menjerit minta dimatikan. Segar juga badannya. Terus disarung pakaian ke kuliah. Langkah paginya ke kelas tidak kosong. Malahan diiringi dengan zikir memuji Allah di dalam hati. Dia berharap hari berjalan dengan lancar.

Proses pembelajaran pun bermula. Pensyarah mengedarkan kertas kuiz minggu lepas. ‘Aku dapat 6/10 je? Mana yang aku silap ni sebenarnya?’ hatinya berkata-kata sambil mata meliar memandang kertas rakannya di sebelah. Dia tidak teragak-agak bertanya rakannya di bahagian manakah yang dia salah. ‘Ermmm. Inilah aku! Seorang yang cuai.’ Dia merungut pula. Sepanjang kelas dia tidak dapat memberi komitmen 100%. Hampir semua soalan yang dikemukakan oleh pensyarah tidak boleh dijawab. Dia merungut lagi. ‘Apa kena dengan aku ni?’

Selepas kelas tamat, dia membuat perbincangan bersama rakan kumpulannya yang lain. Hampir semua soalan juga dia tidak boleh selesaikan. ‘Apa kena dengan aku ni?’ dia merungut lagi. Habis perbincangan, langkahnya laju diatur munuju ke bank. 1 masalah telah selesai. Kemudian dia pulang ke bilik. ‘Alhamdulillah ada bas! Tak payah aku jalan kaki balik ke kolej.’ Hatinya lonjak kegirangan. Petangnya pula ada aktiviti yang lain. Dia kepenatan.

Assignment yang belum disiapkan malam tadi belum di email ke pensyarah. Latihan belum dibuat. Makan malam tak beli lagi dan banyak lagilah hal-hal yang belum selesai. Dia menjadi tension! Setelah masuk solat Asar dia pun mengambil wuduk. Selesai menunaikan solat fardhu itu, dia pun menadah tangan memohon keampunan sambil menitiskan air mata. Tangisnya bersangatan.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua orang tuaku, dosa guru-guruku, dosa adik-beradikku, dosa rakan-rakanku, serta muslimin dan muslimat sekalian. Ya Allah kenapa aku rasakan hari ini penat bagiku. Mudahkanlah Ya Allah! Aku bermohon kepadaMU. Aku tahu Kau mendengar luahanku ini. Aku tahu Kau sentiasa bersamaku. Mudahkanlah segala urusanku selepas ini. Jika ini adalah petanda daripadaMU kerana aku sering melupakanMU maka Kau ampunilah aku Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah! Semoga segala ilmu yang aku dapat selepas mudah masuk ke dalam dada. Jadikanlah aku hambaMU yang selalu bersyukur. Janganlah Kau tarik nikmat Islam dan nikmat-nikmat yang lain Ya Allah. Janganlah Kau tarik hidayah yang telah Kau berikan kepadaku!”

Doanya diakhiri dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambil berdoa, air matanya terus-terusan jatuh ke tapak tangan. Entah mengapa dia merasakan Allah sangat dekat dengannya tatkala itu. Seperti berada di hadapannya. Dan dia tahu, Allah akan sentiasa menemaninya tatkala dia sedih ataupun gembira! Dan Alhamdulillah, dia berasa ringan dan segala urusannya dimudahkan sebaik saja dia habis melafazkan doa. Dia percaya Allah itu memang ada bersamanya tadi…..

Nurkilanku


Saturday, 1 October 2011

CINTA SI PARAMEDIK [part 2]

Tangan Balqis ditarik lembut. Terasa kehangatan tangan yang memegangnya. Akhirnya orang istimewa itu hadir dalam hidupnya. Mereka ketawa bersama. Sungguh membahagiakan Balqis. Tiada abang, Mak Piah, Melissa, papa, mama dan doktor itu. Hanya dia dan lelaki misteri itu saja.
            “Auch. Sakitlah,” Balqis sedar daripada mimpinya yang sekejap itu. Kedengaran bunyi siren ambulans.
            “Sikit saja. Tahan ya. Biar saya balut kepala awak,” paramedik itu mengangkat sedikit kepala Balqis. Mukanya tidak jelas. Hanya tag nama bersulam SHAMIL saja yang dia nampak. Selesai paramedik itu membalut kepalanya Balqis bingkas bangun.
            “Eh, kenapa bangun. Baring balik,” lelaki itu menyuruh tetapi balqis enggan.
            “Saya nak duduk saja. Saya okey. Tak ada apa-apa,” kata Balqis.
            “Okey, sekarang saya nak bersihkan luka pada lengan awak pulak. Macam mana boleh accident?” Shamil bertanya sambil menyingsing lengan baju kemeja gadis itu. Semua kaca yang melekat dia cuba membersihkannya.
            “Mata penuh dengan air jadi tak nampak jalanlah. Terus terbabas,” jawabnya ringkas.
            “Macam mana pulak mata penuh dengan air? Oh! Menangis maksud awak? Kenapa? Papa awak tak suka tie yang awak belikan untuk dia?” tanyanya bertubi-tubi. Dia sudah dapat mengecam gadis di hadapannya sejak dari tadi lagi. Gadis yang sama dia bertemu di kedai siang tadi.
            “Hah? Apa awak cakapkan ni?” Balqis kehairanan. Dibuka matanya luas-luas. Memang sah lelaki yang berebutkan tie dengannya di kedai itu.
            “Selamat bertemu kembali cik......,” Shamil meminta gadis itu memberitahu namanya. Dia pasti gadis itu sudahpun mengetahui namanya lewat name tag pada uniformnya.
            “Balqis. Tak sangka jumpa awak lagi. Dekat dalam ambulans pulak tu. Sakitlah! Hati-hatilah sikit,” lelaki itu dimarahi.
            “Ya, ya. Saya tengah berhati-hatilah ni,” kata Shamil.
            “Saya nak minta maaf sebab pagi tadi. Saya yang bersalah,” pinta Balqis.
            “Tak mengapa. Saya dah maafkan,” Shamil cuba menyedapkan hati Balqis.
            “Ada perkara lain. Saya dah tipu awak. Tie tu bukan untuk papa saya. Birthday papa saya dah lepas,” katanya dengan nada seperti orang yang tidak bersalah.
            “Apa! Awak ni memanglah. Eii, geramnya,” Shamil merengus marah sambil menggenggam tangannya. Tapi sekejap. Dia tahu dia tidak seharusnya bersikap emosional kala itu. Pantas tangan Balqis ditarik dan disapu dengan iodine. Selesai membalut luka calar pada lengan gadis itu Shamil membaringkan gadis itu. Hati Balqis tersentuh.
            “Terima kasih Shamil,” kata Balqis perlahan sambil merenung lelaki yang telah menyelamatkannya. Shamil menjadi serba tak kena kerana ditatap sebegitu rupa. Dia mengambil keputusan untuk menekur lantai saja.
            “Habis tu tie tu untuk siapa?” Shamil penasaran.
            “Someone that special to me in the future. May be my future husband,” Balqis mengatakan yang benar.

SAMPAI saja di hospital, Balqis terus di bawa ke unit kecemasan. Dia yang duduk di atas kerusi roda hanya menurut prosedur di situ. Tangan yang menyorong bertukar pemilik. Hati Balqis meronta tidak mahu Shamil pergi. Tetapi dia tidak dapat meluahkannya. Hanya mata yang sayu melihat Shamil berlalu tanpa memandangnya langsung. Tiba-tiba kerusi roda yang berjalan terhenti. Di hadapan gadis itu berdiri seorang lelaki berjubah putih sambil mengangkat tangannya tanda berhenti. Dr. Azwan.
            “What happened to you Qis? Are you fine?” Azwan mula kelihatan risau. Dalam masa yang sama telefon bimbit segera dikeluarkan.
Niatnya ingin menelefon keluarga Balqis untuk memaklumkan kejadian yang menimpa gadis itu. Balqis hanya mendiamkan diri. Membatu sejak dari tadi setelah Shamil berlalu. Azwan terus-terusan meneliti luka Balqis.
Di suatu sudut pula, Shamil hanya memandang pasangan itu. Dia tersenyum sendirian. Entah mengapa, ada sesuatu yang aneh timbul dalam dirinya setelah mengenali gadis yang bernama Balqis itu. Serta-merta dia berasa cemburu melihat Balqis diperlakukan sebegitu rupa. Shamil kembali sedar. Dia mula berfikir secara logik. Jika dia seorang gadis mesti dia juga akan memilih doktor yang serba-serbi lengkap. Masakan dia akan memilih paramedik. Tiada apa yang istimewa berbanding kerjaya sebagai seorang doktor yang memang tinggi gajinya dan dianggap sebagai professional profession. Dia sedar dirinya hanya seorang paramedik.

BALQIS seperti menjadi orang yang lain. Tidak seceria dulu. Umar menjadi serba salah kerana dia tahu, dirinya yang menjadi penyebab Balqis berubah perwatakan. Memang Balqis sudah memaafkannya tetapi hatinya tetap tidak senang dengan watak baru Balqis yang lebih pendiam. Papa dan mamanya turut risau dengan perubahan yang belaku pada diri anak gadis mereka. Waktu melawat hampir tamat. Dato’ Arshad, Datin Zaleha dan Umar meminta izin untuk pulang. Esok mereka akan kembali untuk membawa Balqis pulang. Balqis hanya memandang kosong pemergian keluarganya itu.
            Tidak lama kemudian Azwan masuk ke dalam wad yang menempatkan Balqis. Azwan memandang Balqis kehairanan. Gadis itu macam ada sesuatu yang ingin dikatakan tapi tidak terluah. Sesungguhnya mata memang tidak pernah menipu.
            “Awak nak tanya something kan? Apa dia?” Azwan memulakan bicaranya. Tangannya pula ligat menulis sesuatu pada laporan kesihatan Balqis di hujung katil.
            “Shamil? Awak kenal Shamil? Paramedik,” pertanyaan itu akhirnya terluah juga.
            “Kenal. Kawan main guli masa kecik-kecik dulu. Dah besar ni tak berapa rapat pulak. Maklumlah. Saya kerja kat dalam. Dia kerja kat luar. There’s a big difference between us. Yeah, I’m a doctor and he just a paramedic,” nadanya sedikit sombong.
            “What you have said? Just a paramedic? Too arrogant hah,” Balqis sedikit marah.
            “Kenapa pulak nak emo ni? I’m saying the truth,” Azwan masih berkata dengan nada yang sama seperti sebelumnya.
            “Memang ada benarnya. Tapi janganlah nak sombong sangat. Ingat bagus sangat ke?” suara Balqis mula meninggi.
            “Memang saya bagus! Kenapa tak puas hati? Yang awak macam nak pertahankan dia sangat kenapa? I’m much better than him, okay! Sebab dia dah selamatkan awak? Saya pun selamatkan awak jugak! I’m tired okay! Sejak dari dulu lagi saya kena berlawan, berebut and.... Argh! So much things! I’m really hate him!” Azwan menjadi bengang secara tiba-tiba. Dia terus meninggalkan Balqis. Pintu bilik pula dihempas tanda marah.

UDARA malam yang nyaman menyapa tubuh Balqis. Dia pantas menuju ke bangku di taman mini hospital itu. Sekarang dia sibuk melayan perasaan setelah puas melayan lagu Faizal Tahir yang berjudul SELAMAT MALAM. Niatnya mahu terlelap setelah ada sesorang menyanyikan lagu tersebut untuknya iaitu Faizal Tahir tetapi matanya sungguh degil. Langsung tidak mahu terkatup. Jadi Balqis membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar wadnya. Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan dari belakang. Apa lagi menjeritlah Balqis ketakutan. Apabila ditoleh ke belakang rupa-rupanya arjunanya yang menyapa. Shamil. Entah mengapa dia amat menyenangi lelaki itu.
            “Awak dah sihat?” Shamil bertanya sekadar ingin tahu perkembangan kesihatan Balqis.
            “Alhamdulillah. Sihat. Esok dah boleh keluar. Awak tengah on call ya?” Balqis pula yang bertanya.
            “Ha’ah. Tadi pergi tandas sekejap,” Shamil hanya berbasa-basi saja. ‘Tandas? Apa aku cakap ni. Tak sesuai langsung. Apa pulak yang dia fikir nanti. Adui!’ Shamil mengutuk dirinya sendiri.
            “Oo. I see. Saya harap ini bukan kali terakhir kita jumpa,” tiba-tiba saja mulutnya lancar meluahkan kata-kata yang dia sendiri tidak sangka akan terkeluar dari mulutnya. ‘Apa aku cakap ni! Malunya!’ Balqis memandang ke tempat lain.
            “Saya pun harap begitu jugak,” Shamil pula melahirkan hasrat hati yang sama. Shamil menjadi malu sendiri. Dia lantas melarikan diri daripada Balqis. Langkahnya kemas diatur akan tetapi tiba-tiba terhenti apabila menyedari namanya di panggil dari jauh.
            “Kalau macam tu macam mana kita nak jumpa lagi?!” Balqis berkata separuh menjerit disebabkan jarak antaranya dan Shamil agak jauh.
            “I’ve already has your number. I will call you then, ok!” balas Shamil. Balqis hanya mengangguk tanda mengerti. Tatkala itu hanya bunga-bunga yang mengisi ruang hati mereka berdua.


BALQIS bertekad untuk memberi tie yang dibelinya kepada Shamil. Dia tahu, Shamil adalah orang istimewa itu. Pada masa yang sama pula, Shamil tidak mahu melepaskan wanita yang dikenalinya itu ke tangan lelaki lain. Dia tahu Balqislah bakal permaisuri istananya nanti.