Search This Blog

Friday, 19 August 2011

CINTA SI PARAMEDIK [part 1]


PENAT dan bosan meniti hari-hari mendatang. Mana dia tahan jika hari-hari terpaksa bergaduh dan bertikam lidah dengan abangnya. Itulah suara hati Balqis. Semua gara-gara cemburu. Cemburu melihat ibu bapanya memberi perhatian terhadap adik perempuannya. Ini pula suara hati Umar, si abang, yang menagih kasih sayang ibu bapanya. Walaupun Balqis hidup senang-lenang dia masih merasakan ada satu kekosongan dalam jiwanya. Dia faham perasaan abangnya. Bukan dia yang meminta diberi perhatian sebegitu rupa. Telah berkali-kali Balqis menyuruh mama dan papanya menoleh ke arah abangnya dan memberi sedikit perhatian tetapi alasan yang didengari tetap sama. Berdikari. Lelaki mesti berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri. Balqis ingin saja menggantikan posisi abangnya tetapi sayang kerana dia seorang perempuan.
            Hari itu dia terpaksa menghadiri temu janji atau istilah lain ‘dating’ dengan seorang doktor yang kacak, bergaya, bercermin mata dan berkereta mewah. Yang pastinya dia mempunyai pakej lengkap sebagai teman lelaki idaman bagi kaum hawa. Tetapi entah mengapa tiada sekelumit pun perasaan cinta terbit dalam sanubari seorang gadis bernama Balqis. Dirinya masih mencari-cari siapa gerangannya yang dapat menakluki hatinya. Mungkin kerana dia pernah dilukai oleh seseorang yang bernama lelaki suatu ketika dahulu. Dia menjadi serik. Luka lama masih berdarah. Temu janjinya lebih banyak terisi dengan sepi dan lamunan.
            “Hei Balqis. Kenapa ni? Awak sihat ke tak? Asyik mengelamun je,” Azwan menegur setelah mendapati Balqis merenung ke luar tingkap restoran itu.
            “Tak ada apa-apa. Saja je tengok luar. Best. Awak dah habis makan? Pinggan dah licin tu. Jom teman saya pergi shopping,” Balqis merangka agenda mereka seterusnya.
            “Okey. I don’t mind,” doktor muda itu menerima cadangan Balqis dengan hati yang terbuka.

HAMPIR setiap kedai telah dimasuki tetapi tiada satupun yang berkenan di hati Balqis. Azwan yang tadinya bersemangat kini sudah kepenatan. Dia hanya mengambil tempat duduk untuk berehat seketika. ‘Dasar perempuan kalau shopping tak ingat dunia. Dah masuk banyak kedai pun satu barang tak ada yang dibeli. Ini dah membazir masa namanya,’ Azwan berkata-kata dalam hati. Perasaan menyesal mula menerjah. Tatkala gadis itu berpaling ke arahnya, Azwan pantas memaniskan muka. Sedaya upaya dia memaniskan muka supaya tidak menampakkan tanda ketidakpuasan hatinya terhadap gadis itu.
            Balqis memasuki kedai pakaian khas untuk kaum lelaki. Matanya hanya dapat memandang sut, kemeja, jaket, kasut kulit, belt, stoking dan tie yang pelbagai warna. Dirinya terus menuju ke ruangan tie tanpa disedari. Dia sudah berura-ura untuk membeli beberapa helai tie untuk papanya, abangnya dan seseorang yang istimewa. Yang pasti bukan untuk doktor itu. Tidak ada dalam senarai pun. Balqis terus menuju ke kaunter pembayaran. Dia menghulurkan kad kredit sambil ketawa sendirian. Seusai membuat pembayaran Balqis terus menemui Azwan meminta untuk dihantar pulang. Temu janji mereka berakhir di shopping kompleks saja.
            Dalam perjalanan pulang terdapat sebuah ambulans memotong kenderaan mereka. Bunyi siren ambulans tersebut membuatkan Balqis menjadi kaku sebentar. ‘Kenapa ya? Semoga orang yang berada dalam ambulans tu selamat,’ dalam diam Balqis berdoa. Dia masih ingat semasa dia berada di bangku sekolah dahulu. Hampir setiap hari pasti akan terbit bunyi siren yang melalui hadapan sekolahnya. Jika bukan ambulans, kereta bomba ataupun polis. Kadang-kadang ada juga orang kenamaan yang melalui jalanraya di hadapan sekolahnya. Jika ambulans yang lalu dia pasti akan tergelak.
            “Sha, ambulans lalulah. Entah-entah ada orang nak terberanak tak?” Balqis berseloroh sambil ketawa.
            “Eh, Qis. Tak baik cakap macam tu. Mana tau ada orang tengah cedera parah. Suka hati kau je cakap macam tu. Tak patut betul,” Sha memarahi temannya itu. Balqis tidak boleh memikirkan benda lain jika ambulans melintasi sekolah mereka. Dia akan terfikirkan tentang seorang wanita yang sedang sarat mahu bersalin.
            Tiba-tiba Balqis ketawa sendirian. Azwan yang melihat kelakuan Balqis sebentar tadi kehairanan. Dia memang dapat mengesan Balqis merupakan seorang gadis yang agak aneh. Lain daripada mana-mana perempuan yang dikenalinya sebelum ini. Azwan menggelengkan kepalanya.

SAMPAI sahaja di rumah, Balqis terus merebahkan badannya di atas sofa. Begitu dia balik tiada seorang pun ahli keluarganya di rumah. Tinggallah dia keseorangan lagi bersama orang-orang gajinya. Fikirannya ligat berpusing memikirkan insiden ketika dia berada di kedai pakaian tadi.
            “Saya dapat dulu tie ni!” Balqis menjerit.
            “Tak, saya yang nampak dulu dan saya yang nak ambil dulu. Awak yang rebut daripada saya,” lelaki itu memegang pergelangan tangan Balqis dengan kuat.
            “Lepaskan tangan saya. Sakitlah,” Balqis meminta.
            “Takkan lepaskan sebelum awak bagi balik tie tu kepada saya,” lelaki itu menunjukkan muka yang bengis. Balqis sudah ketakutan.
            “Tolonglah kasihankan saya. Tie ni dah lama papa saya nak. Esok birthday dia. Saya tak tahu nak beli apa lagi untuk dia selain tie ni,” Balqis membuat muka sedih.
            “Pilih sajalah tie yang lain. Kan banyak tu. Saya pulak dah lama kumpul duit semata-mata nak beli tie ni tahu tak!” lelaki itu bersuara dengan nada yang tinggi. Sedikit memeranjatkan Balqis.
            “Tapi tak apalah saya bagi kat awak je. Hidup kena berbuat baik dengan orang tua kan?” lelaki itu menambah lagi bicaranya.
            “Betul ni? Terima kasih ya encik. Encik memang baik hati,” suara kegembiraan jelas kedengaran.
            Balqis tersenyum sumbing. Padahal tie itu bukan untuk papanya tetapi untuk seseorang yang istimewa yang belum lagi menghadirkan dirinya di hadapan Balqis. Mungkin suatu hari nanti. Awal-awal lagi dia sudah memilih tie untuk papa dan abangnya.
Balqis bangun dan segera memanjat anak tangga menuju ke bilik mama dan papanya. Bungkusan berwarna merah itu diletakkan di atas meja solek. Sekeping kad diletakkan di atas bungkusan tersebut. Hadiah untuk mamanya sudah lama dia beli. Kotak berwarna pink itu pula berisi shawl khas untuk mamanya. Balqis menepuk dahinya. Dia terlupa untuk membawa sekali bungkusan tie untuk abangnya. Lalu dia turun ke bawah. Ketika dia mahu mengambil bungkusan berwarna biru itu abangnya tiba-tiba muncul. Ada baiknya dia memberi saja kepada abangnya ketika itu. Bungkusan berwarna biru lembut itu dihulurkan kepada abangnya. Balqis tersentak secara tiba-tiba. Bungkusan itu ditepis kuat.
“Kau memang kurang ajar kan! Kat belakang aku kau kata yang buruk-buruk pasal aku. Aku tahulah aku ni tak baik macam kau. Kalau tak puas hati dengan aku cakap depan-depan tak payah cakap belakang-belakang,” Umar meninggikan suaranya. Tidak pernah dia beraku kau dengan adiknya. Itulah kali pertama.
“Apa yang abang cakapkan ni. Sejak bila Qis cakap buruk pasal abang. Siapa yang buat cerita ni?” kata-katanya diiringi dengan sedu.
“Tanyalah kat Melissa. Dia kata kau burukkan aku depan dia. Betul kan apa yang Mel cakap?” abangnya mula menyeringai.
“Abang tak tahu cerita sebenar. Abang tak tahu! Dia marahkan Qis sebab tak nak tolong dia satukan abang dengan dia. Sebab Qis tahu Mel bukan perempuan yang baik-baik. Jadi dia fitnah Qis. Qis tak pernah burukkan abang depan dia. Percayalah,” rayuan demi rayuan diminta oleh Balqis. Harapannya satu supaya abangnya mengerti dan memahami.
“Aku takkan percayakan perempuan busuk hati macam kau. Pergi jahanamlah!” Umar menolak adiknya sehingga jatuh tersungkur. Mak Piah segera mendapatkan Balqis.
“Tuan sudahlah tu. Mak Piah sendiri dengar yang Cik Melissa nak kenakan Cik Balqis. Percayalah tuan. Lusa hari lahir tuan. Cik Balqis penat-penat cari hadiah ni untuk tuan. Tuan ambillah ya,” Mak Piah menghulurkan bungkusan biru itu kepada anak majikannya. Balqis masih terduduk sambil menangis deras.
“Saya tak ingin nak ambil hadiah itu Mak Piah,” sekali lagi Umar menepis hadiah itu.
“Kalau abang tak nak tak apa,” Balqis mengutip bungkusan itu. Dia mencapai kunci keretanya dan terus berlalu pergi meninggalkan banglo itu bersama linangan air mata.
Mak Piah tidak sempat untuk menahan anak gadis itu pergi. Mata tuanya bergenangan. Ke mana agaknya gadis itu pergi pada waktu senja begini. Umar pantas naik ke atas. Mak Piah yang berada di bawah tersentak mendengar bunyi hempasan pintu. Tidak lama selepas itu Dato’ Arshad bersama Datin Zaleha pulang. Mak Piah pun menceritakan segala peristiwa yang berlaku lewat petang itu kepada majikannya.

KERETANYA dipandu tanpa arah tujuan. Air mata masih berlinangan. Hari sudah gelap. Matanya melilau mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib. Tiba-tiba matanya diterjah cahaya yang cukup silau. Keretanya terbabas dan merempuh penghadang di tepi jalanraya. Kepalanya terhentak pada stereng kereta kemudian terhentak pula pada cermin pintu. Cermin bahagian hadapan kereta pula sudah pecah. Serpihannya mencalarkan kulit Balqis. Ada juga serpihan yang menusuk lengannya. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Balqis mengaduh kesakitan. Dia sendiri berharap ini semua hanya mimpi. Pandangannya kabur. Antara sedar atau tidak.

BILA DAH TERJERUMUS DALAM DUNIA KOREA...


Bunyi tajuk ni macam kelakar tapi itulah yang aku alami sejak aku kat sekolah rendah lagi. Bermula dengan menonton korean drama. Kakak aku punya pasal la. Bila dia tegok aku pun join sekali. Korean wave kat Malaysia ni aku rasa bermula dengan drama. Siapa yang tak tahu cerita Auturm In My Heart dengan Winter Sonata? Masa tu aku tak berapa menghayati sangat cerita-cerita ni tapi aku tau sampai sekarang pun mesti ada orang giler lagi ngan cerita ni.

Aku bukan minat cerita korea je tapi cerita Cina dari China, Hong Kong, Singapura semua aku sapu jugak! Berkat tengok cerita-cerita ni buat aku sampai faham apa yang orang cina cakap. Tapi yang simple la ye~ Dan sekarang aku rasa aku macam dah stop tengok cerita cina secara fanatic, tetapi penyakit aku ni beralih pulak dekat cerita Korea. Sejak duduk dekat Matrik, memang macam-macam cerita la aku copy sampai penuh laptop aku ni hah. Bila capacity dah jerit kata, “tak muat!” jadi aku pun decide beli external hard disk! Ermmm, memang heaven laa aku!

Apa yang bestnya bila tengok cerita korea yang di copy dari kawan yang sejenis dengan aku daripada tengok kat tv. Ermmm, kat tv dia dah alih bahasa jadi bahasa cina. Kalau macam tu, bilanya pulak aku nak pandai bahasa korea?! Hahahaks. Dan sekarang aku telah menyimpan cita-cita untuk belajar bahasa korea secara intensif dan agresif! Kelak la maksud aku bukan sekarang. Bila dah terjerumus ni memang aku dapat lihat ramai sebenarnya orang kat Malaysia ni yang dah kena spell dorang! Ni aku cerita baru bab korean drama! Belum lagi masuk bab korean music.

Nak cerita ni hah pasal pengalaman aku yang lepas. Disebabkan minat sangat dengan drama korea, aku setia kat depan tv dari pukul 8.30pm-9.30pm. Tu malam, belum waktu siangnya! Sebenarnya aku ada 1 buku yang aku muatkan senarai drama-drama yang aku pernah tengok selama hidup aku. Tapi.... dah hilang! Sayang betul! Bila masuk Matrik la segala-galanya berubah! Serius! Disebabkan Korea negara 4 musim aku muatkan kat sini drama-drama yang menggunakan antara 4 musim sebagai title.

WINTER SONATA

SPRING WALTZ

SUMMER SCENT

AUTUMN IN MY HEART


Sekarang aku nak cerita pulak macam mana aku boleh minat ngan kpop ni. Mulanya aku memang tak minat pun korean music ni sebab mata aku telah dibutakan dengan korean drama! Mulanya kawan sebelah bilik aku la. Kat Matrik. Memang Matrik mengubah segalanya. Dia tercopy video-video ngan mv korean idol group. Bila aku nak kemaskini laptop aku yang bersemak ngan folder ntah pape ni, aku pun terbukak folder yang memuatkan benda-benda lah ni. Time cuti sem kan tak tau nak buat apa. Kat dalam tu de mv SUPER JUNIOR, BEAST, SS501, 2PM ngan macam-macam lagi la. Aku pun try laa tengok! Sifat manusia kan?! Ingin mencuba sesuatu yang baru. Dah tu bila tengok banyak kali makin aku jatuh hati. Lagi-lagi kat Super Junior! Suju the best la!! Bukan aku tak kenal Suju? Kenal, cuma group yang lain tu macam asing sikit la.

Dipendekkan cerita aku telah menjadi peminat Suju sejak 2010. Hahahaks. Baru lagi kot. Tapi aku buat banyak research pasal dorang. Sebab aku rasa dorang ni unik! Ramai! Talented! Handsome! Dan cute! Aku kenal dorang dah lama sejak 2006 ke 2007. Lebih kurang la. Tapi malas nak ambik tau. Tapi masa tu pun aku dah rasa dorang ni unik. Sebab dorang ramai sangat! Time tu 12 orang lagi kalau tak silap. Kyuhyun aku tak masuk lagi. Tengok profile dorang dah buat aku rasa kagum. Tak pernah aku tau ada group yang membernya sebanyak tu. Nama dorang pun aku rasa kelakar! Super Junior. Tapi sekarang nama tu dah tak asing bagi aku.

Nak hafal nama dorang ngan cam muka! Pergh! Serius susah. Ambik masa jugak la berminggu dekat sebulan. Punyalah aku minat time tu. Dah tu aku jatuh hati pulak ngan sorang member Suju. Hehehehe. Cho Kyuhyun. Cinta pandang pertama. Eceh. Bila dah minat aku pun wat research pulak pasal dia. Lagilah aku jatuh hati. Apalah sangat kita ni beza 4 tahun je pun! Haha. Dengan Suju ni membuatkan aku rapat dengan peminat-peminat dorang yang merupakan kawan-kawan kuliah aku! Hahahaha. Ermm, memang banyak khazanah video Suju yang aku mintak. Yang tak disangka BFF aku pun rupanya minat Suju gak. Tak boleh blah. Sampai sekarang kita orang kongsi berita terkini Suju! Hahaks.

Kalau nak cerita pasal Suju memang berpage-page la aku tulis ni. Dipendekkan cerita orang-orang disekeliling aku semua aku hasut tuk minat Suju gak. Hasilnya ada jugak la yang terkena. Hehehe. Roomate aku. BFF aku lagi sorang. Anak-anak buah perempuan aku. Aku ni anak bongsu jadi tak ada adik. Anak-anak buah la jadi mangsa. Serius, dorang pun dah gila ngan kpop ni. Tak cukup dengan hanya mengenali Super Junior, aku try nak buat resarch pasal group lain. Memang besar kpop ni. Dari Suju aku start kenal 2PM, 2AM, Beast, Ukiss, Shinee, SS501, FT Island, Girl’s Generation, Kara, 4 minutes, Secrets, Miss A, Sistar, T-Ara, Mblaq, F(X), Woder Girls. Baru-baru ni anak buah aku kenalkan group Boyfriend pulak. Cute giler. Bila dah tau group-group ni, aku start pilih favourite member dorang. Hahaha.

Memang lawak la bila fikir balik macam mana aku boleh terjerumus. Semuanya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya ngan media massa. Hahaks. Tapi serius memang ada betulnya. Semalam, 13/8/11, secara tak langsungnya kat family aku tertubuhnya Persatuan Wanita Korea! Aku rasa aku la chairmannya kot?! Hahahahaks. Persatuan ni dinggotai oleh aku sendiri bersama anak-anak buah perempuan aku. Memang lawak. Tapi yang sweetnya sebab korean drama ngan korean music ni la aku dapat kenal kawan-kawan lain yang sama minat dan mengukuhkan lagi family bonding ngan my nieces. Ohh, so sweet.
Sekian, my story.