Search This Blog

Saturday, 1 October 2011

CINTA SI PARAMEDIK [part 2]

Tangan Balqis ditarik lembut. Terasa kehangatan tangan yang memegangnya. Akhirnya orang istimewa itu hadir dalam hidupnya. Mereka ketawa bersama. Sungguh membahagiakan Balqis. Tiada abang, Mak Piah, Melissa, papa, mama dan doktor itu. Hanya dia dan lelaki misteri itu saja.
            “Auch. Sakitlah,” Balqis sedar daripada mimpinya yang sekejap itu. Kedengaran bunyi siren ambulans.
            “Sikit saja. Tahan ya. Biar saya balut kepala awak,” paramedik itu mengangkat sedikit kepala Balqis. Mukanya tidak jelas. Hanya tag nama bersulam SHAMIL saja yang dia nampak. Selesai paramedik itu membalut kepalanya Balqis bingkas bangun.
            “Eh, kenapa bangun. Baring balik,” lelaki itu menyuruh tetapi balqis enggan.
            “Saya nak duduk saja. Saya okey. Tak ada apa-apa,” kata Balqis.
            “Okey, sekarang saya nak bersihkan luka pada lengan awak pulak. Macam mana boleh accident?” Shamil bertanya sambil menyingsing lengan baju kemeja gadis itu. Semua kaca yang melekat dia cuba membersihkannya.
            “Mata penuh dengan air jadi tak nampak jalanlah. Terus terbabas,” jawabnya ringkas.
            “Macam mana pulak mata penuh dengan air? Oh! Menangis maksud awak? Kenapa? Papa awak tak suka tie yang awak belikan untuk dia?” tanyanya bertubi-tubi. Dia sudah dapat mengecam gadis di hadapannya sejak dari tadi lagi. Gadis yang sama dia bertemu di kedai siang tadi.
            “Hah? Apa awak cakapkan ni?” Balqis kehairanan. Dibuka matanya luas-luas. Memang sah lelaki yang berebutkan tie dengannya di kedai itu.
            “Selamat bertemu kembali cik......,” Shamil meminta gadis itu memberitahu namanya. Dia pasti gadis itu sudahpun mengetahui namanya lewat name tag pada uniformnya.
            “Balqis. Tak sangka jumpa awak lagi. Dekat dalam ambulans pulak tu. Sakitlah! Hati-hatilah sikit,” lelaki itu dimarahi.
            “Ya, ya. Saya tengah berhati-hatilah ni,” kata Shamil.
            “Saya nak minta maaf sebab pagi tadi. Saya yang bersalah,” pinta Balqis.
            “Tak mengapa. Saya dah maafkan,” Shamil cuba menyedapkan hati Balqis.
            “Ada perkara lain. Saya dah tipu awak. Tie tu bukan untuk papa saya. Birthday papa saya dah lepas,” katanya dengan nada seperti orang yang tidak bersalah.
            “Apa! Awak ni memanglah. Eii, geramnya,” Shamil merengus marah sambil menggenggam tangannya. Tapi sekejap. Dia tahu dia tidak seharusnya bersikap emosional kala itu. Pantas tangan Balqis ditarik dan disapu dengan iodine. Selesai membalut luka calar pada lengan gadis itu Shamil membaringkan gadis itu. Hati Balqis tersentuh.
            “Terima kasih Shamil,” kata Balqis perlahan sambil merenung lelaki yang telah menyelamatkannya. Shamil menjadi serba tak kena kerana ditatap sebegitu rupa. Dia mengambil keputusan untuk menekur lantai saja.
            “Habis tu tie tu untuk siapa?” Shamil penasaran.
            “Someone that special to me in the future. May be my future husband,” Balqis mengatakan yang benar.

SAMPAI saja di hospital, Balqis terus di bawa ke unit kecemasan. Dia yang duduk di atas kerusi roda hanya menurut prosedur di situ. Tangan yang menyorong bertukar pemilik. Hati Balqis meronta tidak mahu Shamil pergi. Tetapi dia tidak dapat meluahkannya. Hanya mata yang sayu melihat Shamil berlalu tanpa memandangnya langsung. Tiba-tiba kerusi roda yang berjalan terhenti. Di hadapan gadis itu berdiri seorang lelaki berjubah putih sambil mengangkat tangannya tanda berhenti. Dr. Azwan.
            “What happened to you Qis? Are you fine?” Azwan mula kelihatan risau. Dalam masa yang sama telefon bimbit segera dikeluarkan.
Niatnya ingin menelefon keluarga Balqis untuk memaklumkan kejadian yang menimpa gadis itu. Balqis hanya mendiamkan diri. Membatu sejak dari tadi setelah Shamil berlalu. Azwan terus-terusan meneliti luka Balqis.
Di suatu sudut pula, Shamil hanya memandang pasangan itu. Dia tersenyum sendirian. Entah mengapa, ada sesuatu yang aneh timbul dalam dirinya setelah mengenali gadis yang bernama Balqis itu. Serta-merta dia berasa cemburu melihat Balqis diperlakukan sebegitu rupa. Shamil kembali sedar. Dia mula berfikir secara logik. Jika dia seorang gadis mesti dia juga akan memilih doktor yang serba-serbi lengkap. Masakan dia akan memilih paramedik. Tiada apa yang istimewa berbanding kerjaya sebagai seorang doktor yang memang tinggi gajinya dan dianggap sebagai professional profession. Dia sedar dirinya hanya seorang paramedik.

BALQIS seperti menjadi orang yang lain. Tidak seceria dulu. Umar menjadi serba salah kerana dia tahu, dirinya yang menjadi penyebab Balqis berubah perwatakan. Memang Balqis sudah memaafkannya tetapi hatinya tetap tidak senang dengan watak baru Balqis yang lebih pendiam. Papa dan mamanya turut risau dengan perubahan yang belaku pada diri anak gadis mereka. Waktu melawat hampir tamat. Dato’ Arshad, Datin Zaleha dan Umar meminta izin untuk pulang. Esok mereka akan kembali untuk membawa Balqis pulang. Balqis hanya memandang kosong pemergian keluarganya itu.
            Tidak lama kemudian Azwan masuk ke dalam wad yang menempatkan Balqis. Azwan memandang Balqis kehairanan. Gadis itu macam ada sesuatu yang ingin dikatakan tapi tidak terluah. Sesungguhnya mata memang tidak pernah menipu.
            “Awak nak tanya something kan? Apa dia?” Azwan memulakan bicaranya. Tangannya pula ligat menulis sesuatu pada laporan kesihatan Balqis di hujung katil.
            “Shamil? Awak kenal Shamil? Paramedik,” pertanyaan itu akhirnya terluah juga.
            “Kenal. Kawan main guli masa kecik-kecik dulu. Dah besar ni tak berapa rapat pulak. Maklumlah. Saya kerja kat dalam. Dia kerja kat luar. There’s a big difference between us. Yeah, I’m a doctor and he just a paramedic,” nadanya sedikit sombong.
            “What you have said? Just a paramedic? Too arrogant hah,” Balqis sedikit marah.
            “Kenapa pulak nak emo ni? I’m saying the truth,” Azwan masih berkata dengan nada yang sama seperti sebelumnya.
            “Memang ada benarnya. Tapi janganlah nak sombong sangat. Ingat bagus sangat ke?” suara Balqis mula meninggi.
            “Memang saya bagus! Kenapa tak puas hati? Yang awak macam nak pertahankan dia sangat kenapa? I’m much better than him, okay! Sebab dia dah selamatkan awak? Saya pun selamatkan awak jugak! I’m tired okay! Sejak dari dulu lagi saya kena berlawan, berebut and.... Argh! So much things! I’m really hate him!” Azwan menjadi bengang secara tiba-tiba. Dia terus meninggalkan Balqis. Pintu bilik pula dihempas tanda marah.

UDARA malam yang nyaman menyapa tubuh Balqis. Dia pantas menuju ke bangku di taman mini hospital itu. Sekarang dia sibuk melayan perasaan setelah puas melayan lagu Faizal Tahir yang berjudul SELAMAT MALAM. Niatnya mahu terlelap setelah ada sesorang menyanyikan lagu tersebut untuknya iaitu Faizal Tahir tetapi matanya sungguh degil. Langsung tidak mahu terkatup. Jadi Balqis membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar wadnya. Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan dari belakang. Apa lagi menjeritlah Balqis ketakutan. Apabila ditoleh ke belakang rupa-rupanya arjunanya yang menyapa. Shamil. Entah mengapa dia amat menyenangi lelaki itu.
            “Awak dah sihat?” Shamil bertanya sekadar ingin tahu perkembangan kesihatan Balqis.
            “Alhamdulillah. Sihat. Esok dah boleh keluar. Awak tengah on call ya?” Balqis pula yang bertanya.
            “Ha’ah. Tadi pergi tandas sekejap,” Shamil hanya berbasa-basi saja. ‘Tandas? Apa aku cakap ni. Tak sesuai langsung. Apa pulak yang dia fikir nanti. Adui!’ Shamil mengutuk dirinya sendiri.
            “Oo. I see. Saya harap ini bukan kali terakhir kita jumpa,” tiba-tiba saja mulutnya lancar meluahkan kata-kata yang dia sendiri tidak sangka akan terkeluar dari mulutnya. ‘Apa aku cakap ni! Malunya!’ Balqis memandang ke tempat lain.
            “Saya pun harap begitu jugak,” Shamil pula melahirkan hasrat hati yang sama. Shamil menjadi malu sendiri. Dia lantas melarikan diri daripada Balqis. Langkahnya kemas diatur akan tetapi tiba-tiba terhenti apabila menyedari namanya di panggil dari jauh.
            “Kalau macam tu macam mana kita nak jumpa lagi?!” Balqis berkata separuh menjerit disebabkan jarak antaranya dan Shamil agak jauh.
            “I’ve already has your number. I will call you then, ok!” balas Shamil. Balqis hanya mengangguk tanda mengerti. Tatkala itu hanya bunga-bunga yang mengisi ruang hati mereka berdua.


BALQIS bertekad untuk memberi tie yang dibelinya kepada Shamil. Dia tahu, Shamil adalah orang istimewa itu. Pada masa yang sama pula, Shamil tidak mahu melepaskan wanita yang dikenalinya itu ke tangan lelaki lain. Dia tahu Balqislah bakal permaisuri istananya nanti.


No comments:

Post a Comment