Search This Blog

Monday, 26 December 2011

FASEHA RAHMAT

Pagi yang dituruni hujan lebat tidak berhenti-henti. Aku ingat lagi hari itu. Sabtu, 24 December 2011. Sedang aku menaip article, aku mendapat sebuah mesej dari teman sekelasku semasa di matrik dulu.

“Kepada semua yang mengenali Faseha, dia dah meninggal. Harap anda semua bersabar.”

Aku mengomel sendirian. “Eh, Seha ni. Dah lama tak mesej aku tiba-tiba bagi mesej yang bukan-bukan pulak dia.”

Aku membalas mesej teman ku tadi. “Seha jangan nak main-mainlah pasal hidup mati ni.”

Aku terima balasan mesejku tadi. “Tak main-main.” Tak lama kemudian handphoneku berbunyi lagi. “Ni adik dia.”

Lama aku renungkan mesej yang terpapar di handphoneku. Nak balas ke tak nak. Seha ni main-main ke? Aku tertanya-tanya. Tiba-tiba aku teringat kak Wani teman sekelasku semasa matrik juga. Aku mesej dia bertanyakan kesahihan berita tersebut memandangkan dialah teman yang paling rapat dengan Seha semasa di matrik dulu. Kak Wani kata yang dia tidak mendapat berita sedemikian rupa. Tidak lama kemudian dia mesej aku kembali.

“Ainun, betullah. Kita call tadi. Adik di cakap dia dah tak ada pagi tadi. Kita sedih. Nak nangis.”

Aku terpempan! Sangkaanku meleset sama sekali. Yang aku fikirkan hanyalah gurauan tapi ternyata ianya satu berita yang sangat mengejutkan.

Akhirnya aku membalas mesej adik arwah. “Sabar ye dik. Arwah sakit apa? Akak minta maaf sebab tak percaya tadi.” Sakitnya dirahsiakan.

Daripada apa yang kak Wani cerita, arwah muntah darah pagi tu dan apabila dibawa ke klinik, arwah tidak dapat diselamatkan. Berita kepergian arwah telahpun aku khabarkan ke semua classmate aku yang lain.

Mendengar perkhabaran berita kematian rakan seperjuangan pencarian ilmu amat menyentuh hatiku sendiri. 
Tiba-tiba aku menjadi takut! Takut untuk mati kerana aku rasa aku tak bersedia lagi. Begitu banyak ilmu akhirat yang aku tidak pelajari. Tetapi ajal itu tidak mengenal masa dan umur. Arwah baru berumur 20 tahun. Muda lagi. Dan aku? Tidak tahu sampai bila akan bertahan di muka Bumi-Nya ini. Dan anda yang membaca? Juga tidak tahu juga kan? Kita sama-sama tak tahu! Apa yang kita tahu mempelajari ilmu akhirat is a vital and compulsory!! Sebab itu adalah bekalan dan makanan kita kelak di alam barzakh. Wallualam.


1 comment:

  1. al-fatihah untuk arwah..ajal dy dah dtg dlu..kite tak tw lg..oleh itu,jom la jmpe ak cuti sem ni sblm ajal manemui ak.. :)

    ReplyDelete